Isnin, 24 Februari 2020

Tempat Popular di Copenhagen,Denmark

Tempat Popular di Copenhagen, Denmark

Hi guys!!!

Korang pernah dengar pasal Copenhagen?
Copenhagen merupakan ibu negara Denmark yang mempunyai bilangan penduduk seramai 1.1 juta. Copenhagen atau dikenali dengan København di dalam nama tempatannya, merupakan bandar raya terbesar di Denmark dan menjadi pusat kebudayaan, perniagaan, media dan sains di negara itu. Selain daripada itu, Copenhagen juga pernah dinobatkan sebagai satu bandar raya yang mempunyai mutu kualiti hidup yang tertinggi di dunia.
Itu lah sedikit opening mengenai Copenhagen. Hari ni aku nak share dengan korang menyelami apa yang ada kat Coepnhagen ni. Beberapa tempat menarik kat Copenhagen. Kalau nak dibandingkan dengan beberapa tempat yang lain seperti Turki, Jerman, London, Copenhagen tidak berada di dalam senarai Top List yang pelancong akan datang. Akan tetapi ia juga sering menerima kunjungan pelancong Cuma tidak seramai di negara-negara top di Eropah. Ini dek kerana kos untuk melancong ke Copenhagen ini agak mahal lebih-lebih lagi dari segi penginapan. Disebabkan itu, aku sarankan, nak ke Copenhagen, silalah datang dalam group. Ajak la kawan-kawan dan boleh sharing kos sara hidup kat sana. Haa.
So first of all, jom aku sharekan simple tips untuk korang cari flight ticket ke Copenhagen. Since last year, aku banyak survey tiket flight menggunakan beberapa website dan apps. So aku terjumpa Traveloka apps yang dah masuk kan servis booking flight through them. And amazingly banyak flight yang agak berbaloi jugak untuk di tempah. So why not korang search flight ticket kat Traveloka.
Contoh yer, Denmark ni terletak di benua Eropah dan salah satu airlines terbaik yang terbang ke sana adalah Emirates airline flights. Then korang bukak Traveloka apps, pergi ke icon flight and search for Copenhagen. Harga flight beserta combo luggage dan meal dia bagi aku agak bebraloi. Yela. 16jam dalam flight termasuk transit kat Dubai. Confirm korang nak yang paling selesa masa dalam flight. Kalau tak percaya, korang boleh bandingkan sendiri dengan harga airline yang lain. Kalau korang berniat nak jalan-jalan negara di sekitar Malaysia pun, no hal. Even cheap flights to Bali pun Traveloka ni ada sediakan. So korang pilih la ye nak ke mana.
Ok dah.

Bike Bridge
Kalau korang nak tau, Copenhagen ni adalah salah satu bandar raya yang dinamakan ‘bike city’. Sebab apa? Sebab orang-orang kat sana sangat mostly naik basikal sebab tu kat sana banyak disediakan laluan untuk berbasikal. Pernah rasa nak kayuh basikal di atas jambatan yang lawa da nada tasik kat bawah dia? Haa. Kat Copenhagen ni ada. Korang boleh sewa basikal kat situ and it is a best way to see Copenhagen with two wheels. Giccuuu. Ada beberapa tempat untuk bike bridge ni. Antaranya Lille Langebro, The Bicycle Snake, The Inner Harbour Bridge, The Circle Bridge dan Bryggebroen.






Tivoli Gardens
Merupakan amusement park yang sangat terkenal kat Copenhagen. Kalau dari City Hall, korang boleh jalan a few minutes je untuk sampai di Tivoli Gardens ni. Apa yang menarik pasal Tivoli Gardens ni ialah old structure architecture dengan view yang sangat cantik pada waktu malam. Pernah tengok Disney tak? Haa. Tivoli Gardens ni macam realiti daripada magical garden dalam Disney movie. Paling popular kat sini ialah The Wooden Rollet Coaster.





Strøget
Dah sampai Copenhagen, korang kena take a walk dekat area Stroget ni. Sebabnya Stroget ni merupakan pedestrian street yang paling panjang bagi benua Eropah. Banyak jugak barang-barang yang unik yang dijual di sepanjang jalan ni. Cumanya harga dia mungkin sedikit mahal. Tapi tu terpulang kepada korang la. Kalau ada duit lebih, beli la satu dua. Untuk kenang-kenangan. Tapi kalau nak cuci mata dan bergambar je pun boleh. Sebab environment dia cantik-cantik.




Frilandsmuseet
Frilandmuseet atau nama lainnya ialah The Open Air Museum merupakan muzium terbuka yang terbesar dan tertua di dunia. Dengan keluasan 86 ekar, ia menempatkan lebih daripada 50 ladang, kilang dan rumah pada tahun 1650. Tapi sekarang kawasan tu dah dibaik pulih dengan menjadikan sebahagian daripadanya taman-taman bunga to give an historic impresseion to visitor. Sangat cantik untuk bergambar dan hirup udara segar sepanjang berjalan di taman.




Bakken
Kalau tadi dah pergi muzium tertua di dunia, sekarang kita pergi pulak kepada the oldest amusement park in the world. Apa yang membuatkan amusement park ni menjadi yang tertua di dunia ialah ia dibina pada tahun 1583 dan dikelilingi oleh pokok-pokok yang berusia lebih dari 400 tahun. Banyak aktiviti yang korang boleh buat kat sini antaranya roller coaster, ferris wheele, drop tower dan banyak lagi. Selain dari tu, korang boleh je picnic kat taman yang ada kat sekitar Bakken ni.





Itu lah dia beberapa tempat yang aku boleh sharekan kat korang mengenai Copenhagen ni. Kalau korang nak tau, Copenhagen ni adalah salah satu negara yang bersih dan berdisiplin. Lebih kurang sama macam Jepun. Diorang pun mengamalkan aktiviti sihat iaitu berbasikal. Untuk makanan halal pula, ada je Asian Restaurant yang ada kat situ, tapi still kena hati-hati. Maggi dari Malaysia pun ada jugak dijual cuma mahal sikit rasanya. Kalau korang nak menikmati percutian yang tenang-tenang, honeymoon do visit Copenhagen. Korang takkan menyesal. 
Selamat bercuti buat yang nak pergi bercuti! Since school holiday dah nak dekat ni..hehhe

Okla.



Tiada ulasan: