Ahad, 20 Mac 2011

Kasih Ibu Hingga ke Hujung Nyawa

I read this from Zahra..and i would like to share with you guys...

Hari ini, saya terpanggil bagi berkongsi satu kisah yang sangat menyentuh hati dan naluri saya sebagai seorang yang bergelar ummi, anak dan insan. Kisah ini adalah perkongsian daripada seorang DJ radio yang menjadi halwa telinga saya di dalam kereta, sepanjang menuju ke pejabat. Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh rakan beliau yang bertugas sebagai anggota bomba. Mungkin ada juga rakan-rakan di luar sana yang turut mendengar perkongsian ini.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Sewaktu saya mendengar perkongsian ini, air mata saya berderaian laju menitis di pipi. Malah, tatkala menukil kata demi kata dalam ruang maya ini juga, bagaikan sukar air mata ini mahu ditepis. Betapa luhur dan agungnya perasaan kasih seorang ibu kepada permata hatinya. Tidak terbalas dek kita sebagai anak, yang selama ini tidak habis-habis bergantung pada jasa ibu.

Dari kecil dibelai ibu, sudah besar masih juga mahu bergantung pada ibu. Masakan tersedap, air tangan ibu. Segala pengalaman dunia, mahu dirujuk pada ibu.

Sahabat sekalian, selagi kita memiliki dan punya ibu, hargailah ibu kita setinggi-tingginya. Muliakan dan tatanglah ibu kita persis menatang air yang penuh tatkala berada di gurun yang gersang tanpa penghujung. Betapa berharganya air itu sehingga sekiranya boleh, setitis pun kita tidak mahu jatuh ke bumi. Tanpa air itu, takkan lama kita bertahan dalam mengharungi perjalanan di atas gurun tadi.Semoga kita mendapat iktibar daripada kisah yang dikongsikan ini.

Sekian.

Allahu Akbar..!!I cried when i read this..sebab previously i memang ada terfikir if sumthing happen to me..
Amy jarang pump susu for Anya since dia 2 months kecuali memang dah bengkak etc...sebab susu tak banyak..
but ada pump sebab terfikir benda2 macam ni kalau2 berlaku..i ada keep kat freezer for 4oz milk for Anya..itu susu masa January...and rasanya boleh keep about 6 months kan?

So after this kalau tak berusik jugak, i have to pump again..and keep 1 for her...Insyallah...


19 ulasan:

Zahra Al-Rasyah berkata...

hi amy...
memang sangat touching story nih kan :(
and, thanks for sharing it in you blog too.

AmyMizzunderstood berkata...

3 kali baca,3kali gk nangis..hihi sumthing wrong nihh...

Pya berkata...

Thanks for sharing this story. Rase nak peluk mak kuat2 pas bc kisah ni T_T

~YUN~ berkata...

sdihnye baca cte ni..ibu die sanggup bg titisan terkahir air susu utk baby tu..nanes da ni..hukhuk~

tq amy for sharing..

ummi berkata...

sedihnye...ade terbaca n terdengar...tp nk tau source la sape ye?

amy dear,
amy simpan susu utk anya kn?freezer amy jenis 2doors ke @ deep freezer? if deep freezer br tahan smpai 6bln..kalau 2 doors,3 months je...
:)


mas

AmyMizzunderstood berkata...

Pya: no problem!hehehe

Yun : yela..amy pun nangis jugak

Ummi :amy pun tk sure..baca and post kt blog amy je..hiii amy simpan susu anya kat deep freezer..thanks for the info!

Mrs Nageb berkata...

Subhanallah :)
I oso cried :(
Sangat agungnya kasih ibu kan..kan..

Zahra Al-Rasyah berkata...

Amy: Tak something wrong la nangis banyak2 kali. Huhu. Its normal kot, kita dah merasa mcam mana jadi ibu plus ibu yang menyusukan anak pulak tu, mesti lagi boleh relate. Nasib kita pun taktau mcmana nanti.

Ummi: Hi, salam kenal. Saya dengar live masa slot Warna Pagi, IKIM.fm. Taktau pulak daripada sapa DJ tu amik cerita ni

emma berkata...

amy.. so sad this story.. Amy emma copy n3ni to share with my frenz in my blog ya..

TQ

Reen Tart Nenas berkata...

sayu.

nurarinab berkata...

sedihnye :'(..bile da jd ibu br tau ksh syg ibu pd kite macam mn..

BuTtErFlyInFraMe berkata...

sedihnya.... :(

AmyMizzunderstood berkata...

Emma : sure emma..silakan...

Sedih hukhuk...

dell berkata...

kak dell ada dgr cite ni masa pegi genius baby on board pnya seminar dulu.. huk2 mmg sedeh.. nak lak skg ni susu kak del mmg kering dah.. adoii :((

AmyMizzunderstood berkata...

Kak dell: dah tk bf ya?tkpe la nk buat mcm mana kan..bukan kita nk pun..janji bby sht...

evyn4ever berkata...

amy..saya pun sebak bila baca.minta izin share yek:)

Anita, Mummy Adzryl berkata...

sedih... menitik gak la air mata ni.. dah la kt office.. cover2! *hidung dah merah* :(

hazlynda kushairi berkata...

sayu bace entry zahra ni :( sangat touching. for 27yrs i live my life with my bonda, besar dan agungnya kasih sayang seorang bonda tu hingga ke syurga. sayu bace cerita tu.

MamaPatch berkata...

Ya Allah!pas baca entry ni. stp malam bila susukan humairah mesti teringat. mulala bergenang!