Saturday, January 23, 2016

Kaca Mata Hitam Wanita Terbaru

Kaca Mata Hitam Wanita Terbaru


Kaca mata hitam atau sunnies dan kadang kala disebut sebagai shades merupakan aksesori wanita yang kadang-kadang kita lupa. Tapi, dengan penggayaan kaca mata hitam yang ringkas ini mampu mengubah penampilan keseluruhan seseorang wanita kepada gaya yang cukup menarik. Tidak perlu bergaya dengan aksesori yang berlebihan tetapi cukup dengan hanya memilih rekaan kaca mata hitam yang bersesuaian dengan bentuk muka untuk kelihatan seperti seorang selebriti.
Selain berfungsi sebagai aksesori wanita, kaca mata hitam ini juga dipakai sebagai pelindung mata
daripada sinar matahari yang terik lebih-lebih lagi ketika memandu atau keluar bersiar-siar. Oleh itu,
setiap wanita haruslah memiliki sekurang-kurangnya sepasang kaca mata hitam wanita terbaru seperti berikut;

 Oversized
Untuk wajah yang kecil molek, kaca mata hitam berbingkai lebar atau dikenali sebagai oversized ini
merupakan pilihan yang paling ideal. Antara selebriti yang sinonim dengan pemakaian kaca mata hitam seperti ini adalah Paris Hilton, Nicole Richie dan Lindsay Lohan!
Round
Rekaan bingkai bulat ini bukanlah trend kaca mata yang baru di pasaran. Tetapi rekaan bingkai bulat ini sentiasa menjadi pilihan ramai wanita dan memberikan sentuhan yang retro. 
Clubmaster
Lupakan Wayfarer dan Aviator jika anda juga mampu kelihatan menawan dengan pemakaian koleksi kacamata hitam Clubmaster yang cukup klasik!
Cat Eye
Dan koleksi kaca mata yang seterusnya adalah rekaan bingkai cat eye untuk wanita yang ingin kelihatan daring dan lebih menonjol

Apa pun...bagi sesiapa yang nak mendapatkan kaca mata yang IN lagi terkini....boleh la dapatkan di ZALORA!

Love,
Amy


No comments: