Rabu, 8 Jun 2011

Persediaan menjadi Ibu?

Hello ladies...

Tarraa!Adakah anda bersedia secukupnya untuk menjadi seorang ibu pada anak anda?
Jika jawapannya Ya atau OK untuk semua dibawah..maknanya anda layak bergelar ibu..

Cukup rajin
Sebenarnya even though korang malas sebelum ni..(termasuk la aku kan?) tak beerti korang tak layak..sebab?rajin itu datang dengan sendirinya..Nampak macam terpaksa tapi tidak bila dah tengok baby kita yang comel disisi..automatic semuanya akan jadi ikhlas dan rajin itu akan menjadi gear paling pantas sekali..

Nak kemas baby stuffs,kemas barang sendiri..belum lagi barang2 suami kan?hikhik..almaklum suami pun ibarat anak kecil tak gitu?

Fizikal dan mental
Harus la kan..if diri sendiri tak sihat..macam mana anak dalam kandungan nak sihat dan kuat jugak..Harus diingat...cabaran nak jadik ibu2 ni sangat banyak..kalau tak dapat berfikiran waras..memang macam2 jugak boleh jadik..!Kene set mind positive jek selalu..tak kira la dari segi apa pun yang bakal datang..
Lagi2 masa pantang..itu jangan,ini jangan!itu tak boleh..ini tak boleh..buat kita rasa tertekan la kadang2..ya..memang akan tertekan pun!dalam internet baca kata ok..orang tua kata tak ok!what to do?kekuatan mental la..apa lagi..

Sabar
Kesabaran ni la tunggak utama rasanya..If tak sabar pun leh jadik macam2..hehehe..tak dinafikan cabaran nak jadi ibu ni sangat la sukar..kesabaran pertama yang Allah tu nak uji adalah susu ibu...bila kita selamat bersalin..susu plak tak keluar2..mana pergi tah?hehehe (bukan CACAT ye..sumpah tak...okeh?opss!)
Pergi plak beli breast pump..usaha usaha usaha..sampai la keluar nak bagi anak minum punya pasal..berabis duit pun tak pe..!
Anak plak orang tu pegang tak kene..orang ni pegang tak kene..orang tu buat macam ni tak boleh..buat macam tu pun tak boleh..memang kita je la yang betul..Hehehe..ye la anak kita..mesti la nak yang terbaik kan?Terbaik selalunya datang dari Ibu..kan?kan?
Baru je tido kan anak..yang punya la susah nak tido seharian.menangis jek..datang plak sedara mara nak tengok baby..terjaga..nangis lagi..sedara mara berseronok kat luar..tapi kita?uwaaaaaa..baru nak lelap..terpaksa pujuk si kecik..tidurla sayang..tidur la..jangan nangis ye..hmmm..

Ketahanan diri
Contoh?tak leh tido selagi baby belum nyenyak sepenuhnya..
Terpaksa bangun dipagi hari nak bagi anak susu la..tukar diaper la..tak selesa sebab sejuk mungkin?Kembung perut ke..banyak ok!
Dah la masa tu tengah dalam pantang..mana nak jalan pelahan2 lagi takut luka jahitan kita terbukak..atau luka kat perut yang ditoreh2 tu..adoi!Nak pakai bengkung lagi..pilis la param la..dengan perasaan yang bercampur baur..Aku gemokk!aku gemok!..Pasni mesti suami aku tak amik tau pasal aku dah..sebab dah ada baby...Mesti punya!

Dulu orang akan tanya "dah makan?" tapi sekarang "baby dah minum susu?" takde lagi keutamaan pada diri ni..hehehe..semuanya baby 1st!mommy 2nd..ok?
Dan mungkin..suami pulak akan berkecil hati.."Asik2 baby..i ni apa?" pun ada jugak..Oh boleh buat gaduh ni!Huh!

Masa
Oh kalau sebelum ni cukup masa nak bermakeup2 sebelum keluar rumah..tapi sekarang tak..sebab?tak de masa..mana nak siapkan anak lagi..laki lagi..elok semua dah siap dan baru teringat nak pakai lipstick yang dah lama tak terusik masa mengandung dulu..anak berak plak!kena tukar diaper lagi!..haihh..Jadinya memang pucat lesi la muka tu..

Yang penting anak siap..dah!

Shopping
Sila angkat tangan bagi ibu2 yang dah punya cahaya mata..betul ke tak korang sekarang shopping untuk baby dulu?dan bukannya barang2 korang?hee..lagi2 bila dah boleh online shopping..apa saja untuk anak..mana ada dah nak beli baju ke..tudung ke..accessories ke..itu paling last kot?

Kalau pergi ke mall pun..Zara,A|X,MNG dah tak masuk dahh..
Terkial2 carik kedai baby..

Toilet
Masa nak betulkan makeup bagai dah tak de!sebab kita akan cari bilik baby nak salin diaper!
Kadang2..nak kencing pun lupa..!

High Heels
Boleh simpan dalam almari..tak pun boleh buat pre loved item to let go je lah jawapannya!
Kalau boleh nak cari CONVERSE!so senang nak berjalan..berlari kalau baby lapar nak breastfeed or tukar diaper!

Handbag
Kalau sebelum ni pakai handbag guess yang comel2 tu..boleh la bertukar kepada bag2 yang lebih besar..easy to carry and luas!!sebab?semua barang2 baby termasuk bapak baby akan dicampak kedalam bag itu..

Makan
Stop dreaming!!
Tak payah nak berangan makan bersama suami macam mula2 tunang dulu ya!
Mungkin masa ni la korang akan bertukar2 dengan suami..sapa makan dulu..tips..sila makan last..so that korang akan punya ruang makan lebih lama skettt dari yang makan 1st hehehe..
Kalau anak yang jenis diam..ok fine..makan la bersama..tapi yang tak leh diam..buat seperti diatas..ok?

Kalau bijak keluar la dengan family..so that abang ke kakak ke..adik ke boleh tlg pegangkan baby..dan korang leh makan dengan tenang..

Ya ampun!terpanjang plak entry...kah kah!tapi mommy to be..kenyataan diatas berunsur serius..sila take note..dan bijak mengatur langkah..

Till here...

Love,
Amy

14 ulasan:

AyureQ berkata...

amyyyyy comel sgt entry ni! semuanya sgt btol..hahaha

Ilyana berkata...

love this entry, semuanya betul sbb saya pun melalui benda yang sama, 1st time mother, 1st baby!! good luck to us :)))

Fathiyah berkata...

yes. exactly!!! sgt setuju dgn semua di atas. hehe ;) to all mommies, u r the best!

Anah berkata...

amy, g pasal makan tu klaka la..mmg betul kalo kita makan kedian mmg kita dpt mkn ngan tenang..sbb anah sndiri pn slalu berebut ng suami xmo makan dl sbb nnti nk kn makan cepat2..xnikmat..hahaha

AmyMizzunderstood berkata...

Ayu : hahaha..experience agaggaa

Ilyana : yup..im sure semua org lebih kurang sama..

Fathiyah : hehehe..selamat2!!

Anah : hahaha betul la..mkn last ada time lebih sket kan?hehehe

Suzie berkata...

iya sgt setuju!!!sgt mencabar n tercabar..huhu..

MamaPatch berkata...

Agree!!!!!!! Amy...i suka yg bab makan tu. mmg akan makan lepas smua org makan.bleh menikmati makan dgn aman. and since ade baby ni mmg suka kuar dgn parents n my bro. sbb ramai leh tlg pegang! hehehe

Hunny berkata...

good entry amy :D our lives have turned 360degree ble dah ada baby.penat gle but it's totally worth it!

goblogbyfarah berkata...

tabik springggg pada mommies!!!!


nasib baik anak i agak behave, so masa makan dia akan dok diam2 dlm stroller. bolehla kami makan dengan aman ;)

QueenBz berkata...

i likeeeee this entry :)

Unknown berkata...

as.salam amy

sangat betul. tidur skang pun asik x cukup je rase =)

anne.zaqwan berkata...

exactly! 100%!

[ Hanie ] berkata...

Btol tu amt..shopping utk diri sendiri dh takde dh.kadang2 niat awal takde pun nak beli pape bile kluar, tp akhirnya, adeje brg hannah yg dibeli huu

ederq berkata...

life will never be the same again hihihihi.
makan pun main sumbat2 jeee