Jumaat, 17 Jun 2011

Suami pun banyak bekorban

Hi peeps!

1st of all Happy Father's Day to my dad..to my Fil..to my husband, Atim..and to my Bil too!

Dari pandangan mata kasar..kita tak perasan pun suami/bapa ni banyak menyumbang..tol tak?masa berfikiran waras ni baru la sedar betapa bersyukurnya mempunyai suami sebegitu..contoh eh..

Kita ni punya la tunggang langgang nak kemas barang anak itu ini..tertinggal macam2 benda dari yang penting sampai la tak berapa nak penting..(tapi nak bawak jugak) 1 beg mana cukup kan?kasut lagi?heheh..then bila tertinggal satu barang kita punya la salahkan suami..tak bagi kerjasama..tak penah la nak tolong packing barang..asik2 kita jek!anak pun kita..awak buat apa?tengok jek?

Tapi sedar tak korang..bila semua barang2 packing tadi dah siap...sapa yang angkat masukkan dalam kereta?hee..suami kan..takkan kita lagi wakaka..

Ok..pergi jalan2 di shopping mall..
yang bawak keluar dan simpan balik stroller siapa?yang tolak stroller jugak siapa?
suami...

Yang bayar makan minum kita..?
suami...sebab kita pilih je nak makan kat mana..dia bayar je...mulia kan?tu belum kira berapa kali makan sehari tu..hehehe..belum campur tolak nak gi minum la..nak kuih tu la..nak macarons la..kan?hehe

Yang banyak bagi pendapat,nasihat dan sokongan kat kita..?suami jugak la..even kadang2 pandangan diorang tu macam menyakitkan hati nak cari gado!tapi percayala..mana ada suami yang nak tengok isteri dia down kan?

Bila anak demam..yang lebih prihatinnya kita..tapi yang nak tanggung segalanya adalah suami..mana nak keluar duit nak bayar bil lagi..nak make sure anak sihat balik..nak jaga hati isteri yang tengah susah hati of coz...suami lah!

Pendek kata..suami banyak main peranan dalam kehidupan seharian kita..kita je kadang2 terlepas pandang..sebab diorang nampak lebih kearah cari duit..dan kita plak yang uruskan anak2 dan rumah tangga..kan?

Pernah tak korang dalami perasaan diorang..?masa tengah susah..sedih dan sebagainya?bila kita sedar,boleh menangis ok teringat pengorbanan yang diorang buat besar nilainya...lagi2 untuk keluarga sendiri..

Panjang plak kata...hargai la suami sementara dia masih menyayangi kita ahahahaha... memang keja kita asik nak bebel je kan..bila ada tak kena..itu tak kena..tapi lumrah la...semoga kita diberi petunjuk agar lebih memahami antara satu sama lain..

Sebenarnya malas la nak citer pasal pengorbanan isteri...sebab masing2 lagi tau isteri lebih sket dari suami bab hal pengorbanan nih..wakakaka...kita simpan je dlm hati bleh?

Love,
Amy

6 ulasan:

Aty Fared berkata...

betul betul betul..:) ai sokong 150%..

QueenBz berkata...

Amy tibe2 sayu bace entry u, bleh?
rase macam dosa je kat suami huhuhu

*i missed my husben, wish he can be by myside right now!*

Rosmawani♥ berkata...

ya allah kak.. sedih sgt bca entry ni... pandai akk.. :) btui jgak kdg2 ada juga terlintas pngorbanan merka... apa2pun semoga kita bhgia sentiasa :P

[ Hanie ] berkata...

Betul tu amy..isteri ni kadang2 emosi bertindak dulu dr akal fikiran :P bile2 pikir2 blk,byk btol pengorbanan suami :)

ederq berkata...

betul tuuuuuuuuu. kalau mcm i, time dia lupa apa2 tu, marahnya lah kan. 2 minit lepas tu mcm eh, bersyukurlah laki aku nak buat jugak, nak tolong jugak. hehehehe insaf insaf

AmyMizzunderstood berkata...

hehehe biasa la korang!pompuan mmg emo lebih sket dari laki kan?agagaga...hopefully suami kita semua paham sangat2 dgn perangai kita...ampun2..!hiii