Rabu, 10 Ogos 2011

My Ramadhan (Part II)

Salam..

Ohh..berat mata memandang..berat lagi bahu memikul..cakap senang..nak lalui nya bukan calang2 orang yang boleh..Allah hanya pilih orang yang betul2 kuat nak mengharungi semua ni..

Bro in law said..baby's brain damage..oksigen maybe tak sampai kat otak sebab tali pusat dan berpintal..ini aku kurang pasti..tapi itulah yang Aunty aku cerita..Allah..mengigil aku dengar bila dia call pagi tu..suara dia putus2..mcm ada tangis kat belakang...kenapa hari ni?kenapa pagi ni?kenapa kakak?kenapa baby tu?itu lah persoalan yang mcm2 aku fikir...aku cuba kuat kan diri dengan berfikir..Insyallah tak la teruk mana..ramai je baby masuk ICU..kan?

Sayang...chances hidup hanya ada 10%..macam mana pun mereka masih berusaha..berdoa..dan tawakal..semoga keajaiban itu ada..tak siapa tahu..

2 Ramadhan..
Hari ni..kami semua dapat tahu..yang dia dan suami dah amik keputusan..untuk melepaskan anak mereka pergi...untuk selamanya..atas nasihat doctor..ada benarnya..tak guna la kita nak menyiksa anak sekecil itu..alat bantuan hanya sementara...yang pasti janji anak itu dengan tuhannya mesti dilaksanakan...
Sebelum tu..dia dan suami akan melihat anak mereka...

Nah..tatkala ini..aku dirumah..walaupun tidak ada bersama mereka..tapi hati aku terasa berdebar2..kata mak mertuanya..dia sempat mengucup,membelai anak itu...air mata aku jatuh lagi...dapat aku rasakan...betapa bertuahnya anak kecil tu..yang pastinya menjadi ahli syurga..betapa bertuahnya dia..selangkah lagi kaki dapat ke syurga bersama anak itu..
Inalillah...

Syukur aku Ya Allah..dia dapat memangku anaknya..
walaupun perit..walaupun sukar digambarkan..dia terima dengan redha...jika itu yang tertulis untuknya...aku tau mereka itu tabah..petang itu juga..anak itu dikebumikan...comel persis abah..aku sempat sentuh jari kaki dan tangan..dan usap2 pipi gebunya..sayang Mama Ika..!

Pesan aku pada dia..
dia masih punya seorang lagi anak..masih punya suami...yang sangat memerlukan dia..untuk masa2 akan datang... :)
Biarlah Damia Aishah pergi bertemu penciptanya...Damia Aishah yang bermaksud..Kebijaksanaan Aishah...dia pasti mendoakan mama dan abahnya disini..biarlah 'Opah' dia kat sana pulak yang menjaganya.. ;)

Walaupun bila jumpa dia..aku tak pernah sikit pun buka cerita ni..tak pernah sekali pun..
aku tau..dia masih dalam trauma..macam mana nak simpan semua barang2 si kecil kembali..dia tak kuat..aku tau...mungkin dia perlu masa..Insyallah...tak da rezeki kat sini..Tuhan mungkin akan turunkan rezeki lain untuk dia..

Semoga dia dan suami tabah..Insyallah...Kuat kan la mereka Ya Allah..permudahkan lah semuanya...Amin..

Love,
Amy


11 ulasan:

gorgeous ♥ berkata...

Subhanallah..I was crying...Moga kakak Amy pulih semangatnye..dan moga Damia Aisyah tenang bersemadi di pintu syurga menanti ibu dan bapanya...Amin T_T

ShahidaAzlini berkata...

besar sunggup dugaan ini....semoga kakak amy tabah hadapi nya...AMIN

Suzie berkata...

ya Allah amy!masuk 2nd para dah berguguran air mata ni

subhanallah mmg tak kuat nak hadapi...terus la bagi sokongan to ur sis

if i was in her shoes tak tergambar perasaan nak lepaskan baby pergi,damia aishah tenang la di sana.amin

Hana Hassan @ Riko Hana Chicka berkata...

Salam Amy,

Was one of you n your sis silent reader. Please accept my condolence for your family for the loss.

I penah go thru d same thing last year Dec. I delivered my baby normally but he was only at 19weeks masa tuh.. i lost him and it was my 2nd pregnancy after 3 years of marriage. I had a miscarriage the first time in June the same year.

When my bff told me wut happen to your sis i could relate with the pain. It took me one month plus to stop tearing everyday but d scar is still there. But i always remember my mom taught me one thing.. jgn sedih lama2 sbb dkt luar sana ada ramai lagi org yg mebbe lagi teruk nasib nya :)
Am sure sakit yg your sis rasa lagi teruk dari apa yg i rasa since she carries the baby full term.

Let her be sad, cry or wut so ever.. Betul ckp u.. only org yg penah go thru benda yg sama knows exactly how the pain is. Give her your full support.

My prayer goes to your family :)

roeza berkata...

semoga tabah ur sis...and ur family too..

Zahra Al-Rasyah berkata...

Ya Allah...Nangissssssss :(

Nadya berkata...

takziah to ur family esp ur sis..i tried to put myself in her shoes, but i just couldn't. pikir je situation tu akan terus nangis. doakan ur sis diberikan kekuatan dan ketabahan untuk melalui semua ini.
yang pastinya, Damia Aishah terpilih untuk berada di sisiNya dan akan sentiasa mendoakan ibu bapanya dari atas sana. Betapa bertuahnya Amie didoakan anak yang berada di syurga...

sha berkata...

sedihnya amy... T_T tak dpt bayangkan kalau jadi pada diri sendiri. i'll never be as strong as your sis :(

QueenBz berkata...

Demi Allah, sedih sangat, bergenang air mata baca cerita Amy pasal Ika n arwah Damia.


semoga dia tabah!
Semoga arwah ditempatkan di syurga di sisi org2 diredhai Illahi. Amin

Shahnaz Bashah berkata...

ya Allah....tabahkan hati mereka2 ini....

-silent reader-

[ Hanie ] berkata...

amin... :(
tak terkata dibuatnya